Islamic Widget

Sunday, January 31, 2010

salam...

Apa khabar kawan-kawan.. mcm mana ngan ptptn? da masuk ke? risau jga la tgok kwn2 yang bermasalah sbb kekurangan duit... tp dengarnya da masuk kan? well da ok la tu kan? jadi saya nak kongsikan sesuatu disini.. semasa saya melihat blog, saya ada melihat satu tip tau.. tips urus urus kewangan...

TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan

Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa kita belajar dahulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan. Contohnya, mungkin ada di antara kita yang ingin membeli buku, note book, pakaian, makanan dan sebagainya. Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang.

TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja

Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.

TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan

Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit pinjaman ptptn ataupun biasiswa, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membeli barang keperluan. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit tersebut, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.


so saya harap kita dapat merancang perbelanjaan dengan baik, supaya xla hujung sem nnt "kekeringan". Gunakan wang yang kita dapat utuk keperluan yang sepatutnya dan bukan untuk kehendak-kehendak yang tidak sepatutnya.

Friday, January 22, 2010


Assalammualaikum..


Percubaan pertama untuk buat blog sendiri.. heheh..

happy juga la...

Terima kasih En aziz atas tunjuk ajar...