Islamic Widget

Monday, February 22, 2010

KENANGAN YANG MENJADI PENGALAMAN BAGIKU....

salam...

Baru-baru ini saya telah mengadakan program di sekolah, ini adalah bagi menyempurnakan tugasan bagi kursus KKP4013 pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat Selangor. saya bersama 6 orang rakan yang lain telah bertungkus lumus membuat persediaan sebelum pergi ke sekolah. penghargaan harus saya berikan kepada kaunselor sekolah tersebut yang bersedia menerima kami untuk melaksanakan program di sekolah tersebut. Bantuan serta penerimaan beliau membuatkan saya berasa terharu.

Sebelum program ini di jalankan, saya sangat risau dan selalu tertanya-tanya adakah saya boleh melakukannya, berhadapan dengan 100 lebih pelajar membuatkan saya kecut perut, lebih-lebih lagi pelajar-pelajar asrama yang terdiri daripada pelajar yang bijak-bijak. Rakan-rakan juga menyatakan perkara yang sama. Namun saya sentiasa berfikir yang saya nak cuba buat. saya nak melakukan program tersebut untuk mencari pengalaman.

Sebelum ini, saya juga pernah melaksanakan program di sekolah, namun saya hanya berkerja atau bertugas di belakang sahaja seperti menyediakan Cenderahati, hadiah dan sijil serta menjadi Ajk Keselamatan sahaja. Maklumlah rakan-rakan mengetahui saya SUKSIS (Sukarelawan polis siswa siswi) apalagi mereka pun letakkan saya sebagai Penjaga keselamatan pelajar-pelajar. pada kali ini saya juga diletakkan sebagai AJK keselamatan namun turut melakukan tugas-tugas lain seperti berurusan dengan pihak pengangkutan, pinjaman peralatan, survey sekolah serta banyak lagi tugas-tugas lain. pertama kali saya merasa penat dalam melaksanakan tugasan namun saya merasa gembira dan yakin saya boleh melakukannya lagi. dan pengalaman melakukan tugasan ini bersama rakan-rakan memberikan kerja-kerja ini tidak akan dapat saya lupakan dan Insyaallah pengalaman ini akan menjadi pedoman saya pada masa akan datang.

Pada hari pelaksanaan program, segala-galanya berjalan dengan baik walaupun saya mempunyai kelemahan-kelemahan dalam melakukan aktiviti atau modul namun bagi saya kelemahan tersebut saya boleh atasi pada masa akan datang. Yang penting saya tahu kelemahan saya dan tidak melakukannya lagi pada masa akan datang.

Pengalaman berhadapan dengan semua pelajar-pelajar tersebut menjadikan saya lebih yakin saya sebenarnya boleh!. (salah satu kelemahan saya ialah gentar apabila berhadapan dengan orang ramai). Namun pertama kali berada di hadapan adalah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan dan tanpa rasa gentar saya boleh bercakap dan memberi arahan dengan pelajar-pelajar tersebut.

Segalanya-galanya menjadi pengalaman bagi saya. Apa yang boleh saya katakan tanpa rasa berani kita tidak boleh melakukan sesuatu. Yakinlah yang kita juga boleh, jangan sempitkan pemikiran kita sehinggakan kita tidak boleh melakukan sesuatu. Dan nasihat yang diberikan oleh Kaunselor sekolah iaitu biasalah pertama kali pasti ada kelemahan individu yang pakar pun pernah melakukan kesilapan tapi jangan biar kelemahan tersebut berlarutan. Fikirlah sesuatu dan buatlah, yakin pada diri kita juga boleh menjadi yang lebih baik. Insyaallah.. Dan keyakinan untuk menjadi seseorang kaunselor bertambah..

Sekian

No comments:

Post a Comment